Bala Allah Untuk Semua

cerita kami 1:29 pm
Assalamualaikum hampa! 


Gempar satu Malaysia, Pulau Pinang di tenggelami air dan bermula detik itu juga wujudlah hashtag PrayForPenang dan hashtag PenangLumpuh. Kin salah satu keluarga yang terlibat dan kisahnya macam ni..


Sabtu - 
Lepas isyak kin di dapur tengah panaskan lauk untuk suami malam sementara nak tunggu bola Kedah lawan JDT. Tengah elok syok layan perasaan panaskan lauk, kin dengar mama dok panggil macam kelam kabut sangat tau. Mama tunjuk air dah melintas atas jalan, kin pun kelam kabut angkat kain baju, kipas, kapet, barang barang yang ringan lah maksudnya.



Ini gambaran air melintas sampai menutupi jalan. Banyak juga kereta yang tersadai kat situ 


Suami kin pulak macam tercengang sebab dia tak pernah hadap banjir sebelum ni haha! Baru ja mula angkat beberapa barang yang besar pulak, air naik cepat sangat! Banyak pulak barang yang nak di angkat. Yelah, barang mama lagi, barang saya lagi kan kami pindahkan barang ke sana sebelum pindah terus ke Alor Setar. Akhirnya, petiais kami dapat di selamatkan tapi petiais mama terendam banjir lumpur dan rosak. 



Ini gambaran rumah mama dari jalan 


Kalau hampa perasan, dekat sebelah kiri rumah mama tu ada kereta biru. Itu kereta kin dan sabtu malam ahad tu kin jadi tak tentu arah, langsung tak tidur sebab hujan ribut kuat sangat! Kin jadi takut nak tidur dan benda lain kin tak kisah kalau nak rosak tapi jangan lah sampai air masuk dalam kereta kin. 


Kin paksa suami jack kereta kin bagi tinggi dan dengan izin Allah, ia nya berhasil. Kin dan suami langsung tak tidur, sebab terlampau takut dengan hujan ribut, takut kalau tidur air naik mendadak dan kami lemas. Bermacam usaha kami cuba, suami keluar azan 3-4 kali, solat hajat (solat atas katil sebab lain semua basah), dan baca yasin bersama minta Allah hentikan hujan dari langitNya dan telankan air ke dalam perut bumiNya. Alhamdulillah, hujan sedikit reda dan air tak makin naik.


Air dah masuk dalam rumah


Ahad -
Suami pun apply cuti dan tolong mama abah bersihkan rumah. Di sini kin bersyukur sangat sebab kedegilan suami nak balik jenguk kin hari kamis tu tak sia sia. Andai kata suami tak balik, kin tak tahu apa nak jadi dengan kereta kin dan sapa yang nak tolong angkat barang barang berat dari ditenggelami air tu. Mama abah pun dah berumur, bukan kudrat depa dah nak buat semua kerja berat ni. 


Ahad pagi, air makin surut dan tinggal serbuk teh.Kerja mencuci rumah!


Yeyyy! Cuci lagi



Isnin - 
Datang pulak Unit Amal datang bersihkan rumah. 1000 kali lega hati kin rasa. Iya lah, suami dah balik Alor Setar, tinggal kin mama dan abah saja untuk bersihkan rumah. Nak bersihkan tak pa, nak angkat barang berat tu kin tak terdaya. 


Takat ni dulu kin cerita, nanti kin sambung. Harapan kin, moga tak da lagi gelombang kedua dan seterusnya, Jujur kin trauma~

Sebuah Pertemuan

Daisypath Friendship tickers

Cinta Pertama

Daisypath Anniversary tickers

Saat Lafaz Sakinah

Daisypath Anniversary tickers