SEJENIS PERASAAN

10:38 am


Sejenis perasaan itu.... | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat bloggers =) Semoga kita sentiasa istiqamah dalam beramal dan beribadah kepadaNya, In sh Allah.


Kamis lepas Kin sekeluarga bertolak dari Penang ke Bandar Baru Bangi bertujuan untuk memenuhi jemputan walimah abang yang kedua, anak keempat. Taktahu, setiap kali nak berjalan jauh, akan datang sejenis perasaan. 


Pelik. Perasaan yang terlalu takut kalau dalam perjalanan ke sana, terlalu risau kalau terjadi sesuatu. Bukan Kin nak berfikiran negatif, tapi Kin sendiri tak boleh hindari perasaan tu. Puas memujuk hati, tawakkal kepada Allah, berdoa minta dijauhi segala perkara buruk. 


Trauma? Mana mungkin trauma sebab diri sendiri belum pernah merasainya. Tapi, mungkin trauma datang dari apa yang kita lihat. Kin selalu juga tertengok video kemalangan. Kali terakhir Kin tengok video kemalangan yang tular, kes kereta gen 2 rempuh axia yang kematian baby berapa bulan tu. 


Oh ya, Kin juga pernah tengok kemalangan depan mata, waktu Kin drive dari Bangi balik ke Penang. Myvi berpusing depan mata lepas terlanggar lori di depan dalam keadaan hujan tersangat lebat. Tapi, kejadian ni, setahun yang lalu. Kes terbaru, Kin tengok abah kemalangan, ramadhan ketiga hari tu. 


Mungkinkah, sebab perkara diatas boleh mempengaruhi fikiran Kin. Sejenis perasaan terlalu takut kalau nak berjalan jauh dan kena melalui highway. 


Selamat sampai di Bangi, perasaan tu mula hilang. Waktu nak balik semula ke Penang, perasaan tu muncul lagi, dan lagi. On the way ke Penang, Kin ada juga drive sekerat jalan. Sejam gitu ja kin bawa kereta. Sampai kawasan Bukit Gantang, hujan rintik kasar dan Kin tengok awan mendung hitam! 


Terus kin bagi signal dan berhenti di kawasan rehat dan rawat Bukit Gantang. Terus mama tanya, kenapa? Yelah, Kin baru drive dalam satu jam, dah berhenti pulak kenapa. Terus terang cakap, hujan dan tak berani bawa, tukar balik biar suami bawakan.


Persoalannya, bolehkah apa yang kita lihat tu boleh buat sampai kita jadi trauma atau Kin terlalu banyak berfikir sampai jadi terlalu takut macam tu? 

You Might Also Like

5 comments

  1. Kadang-kadang kita terlalu fikirkan kejadian apa yang kita nampak sampaikan terbawa-bawa dalam hidup kita . InsyaAllah sentiasa berfikiran positif, tenang

    ReplyDelete
  2. Samalah. Ana pun mcm tu juga setiap kali travel. Skrg lagi lah bila tgk org muda meninggal sbb sakit bertambah risau. Sakit bdn sikit je dah risau tak bertempat. Tp apapun doa selalu minta di lindungiNya. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ana. mudah mudahan dilindungi Allah sentiasa :)

      Delete
  3. Selalunya sebab kita terlalu fikirkan benda tu. Contoh macam Tia sendiri. Bila bersendirian dekat dapur, macam-macam yang difikirkan. Hantu yes of course. Sebab Tia ni penakut. Hehehh. Untuk Ana, mungkin lebih kepada trauma. Tapi kalau boleh, usaha untuk jangan fikir benda negatif. Tia pernah dengar, apa yang kita fikir itu yang kita dapat. Lebih kurang macam tu lah. So, lebih baik fikir benda baik atau cuba alihkan fikiran untuk ingat sesuatu yang lebih baik macam momen manis bersama suami, keluarga, dan sebagainya. Kita tak boleh minta bantuan orang melainkan diri kita sendiri. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah, terima kasih tia :)

      Delete

Sebuah Pertemuan

Daisypath Friendship tickers

Cinta Pertama

Daisypath Anniversary tickers

Saat Lafaz Sakinah

Daisypath Anniversary tickers