CERITA RAYA PART 2

5:03 pm

Salam alaik kesayangan  Sihat ka korang semua. Jangan ada yang pening sebab terlebih makan ketupat sudah lah ya. Moga saya dan awak - awak sekalian sihat dan sentiasa di redhai Allah. In sha Allah.


Sebenarnya, saya nak sambung kisah SEMALAM, walau pun saya tahu hakikatnya tak da orang pun yang nak baca. Sesuailah dengan motif blog ini di wujudkan cuma sekadar suka - suka dan untuk membebel tentang perjalanan hidup saya. Dalam erti kata lain, mungkin di wujudkan sebab nak isi masa lapang daripada masa tu di biarkan tak tentu hala. Kannn 


Hari raya ketiga | Suami dah mula kerja, saya pun boleh lah memanjakan diri kejap dekat rumah tu. Tapi, tidak sekadar rehat dirumah sebab saya ada bawa balik anak saudara tidur rumah saya. Jadi, pagi - pagi lagi kami berdua keluar cari sarapan dan terus ke pasar beli ikan siakap dan pasta. Sebelah malamnya, keluarga suami datang makan - makan di rumah. 


Malamnya, saya cuma masak pasta goreng saja. Di jamu bersama ketupat, rendang, serunding dan air. Kakak ipar pulak bawa sekali kue teow teng. Memang tenggggg habis bila makan. Alhamdulillah, rezeki adik beradik kongsi bersama. Malu juga bila tetamu datang rumah kita dan bawa makanan banyak - banyak. Itu belum termasuk makanan yang mak bawa lagi. Aduhai, nikmat sungguh. 



Ini sedikit moment kenangan family bonding di rumah saya. 



Minta maaf, gambar terpaksa di blur kan. Tak semua orang suka gambar dipamerkan. Jadi, kita kena sentiasa menerima pendapat masing - masing. Gittew! 


Eh, korang mesti tertanya - tanya, ikan siakap yang di beli tadi buat apa kan? Tak kan simpan dalam peti saja?


Baik, meh sambung cerita 


Raya ke empat | Hari ni relax sikit. Jam 10.30 pagi, baru bergegas keluar rumah. Singgah ambil mentua, terus ke walimah kenalan mak. Kejap sangat masa berlalu, lepas makan tengok jam dah pukul 1. Tanpa berlengah terus pecut ke Alor Star walimah kawan saya dan suami. Sampai di Alor Mengkudu, Alor Star dah jam 4.30 petang. Pecut makan dan terus pecut sampai ke rumah semula. 


Dalam hati cuak, gemuruh, ketaq semua ada sebab jalan jemmm takut tak sempat balik nak masak. Allahu Allah 


Jam 6.30 petang, Alhamdulillah selamat sampai terus tukar uniform untuk memasak pulak sebab selepas maghrib keluarga saya pula nak datang. Tong tang tong tang, tadaaaaa siap sudah kari ikan siakap dan ayam goreng kunyit di jamah pula bersama nasi putih, ulam - ulaman dan sambal belacan.Ketupat, rendang dan kuih raya tak lupa  Mama pula bawa mi goreng. Sama - sama kongsi rezeki. 


Selesai makan, semua balik rumah jam pukul 1.00 pagi. Dengan izin Allah, selesai semua nya dan sedikit lega sebab apa yang kami rancang semuanya berjaya. Part family saya datang, gambar pun tak sempat ambik, sibuk nau layan tetamu. Gambar diatas pun ehsan Encik Suami tolong ambilkan =) 


Itulah sebenarnya kisah raya saya. Walaupun sedikit penat, tapi kepuasan berganda 


Raya kelima | Semua orang dah mula bekerja. Minggu depan nak ambik cuti rehat nak qado rehat yang tak cukup tu. 


Fi Hifzillah.



You Might Also Like

2 comments

  1. new follower kat sini ,,salam perkenalan & salam aidilfitri

    ReplyDelete

Sebuah Pertemuan

Daisypath Friendship tickers

Cinta Pertama

Daisypath Anniversary tickers

Saat Lafaz Sakinah

Daisypath Anniversary tickers