CERITA RAYA PART 1

2:58 pm


Assalamualaikum. Selamat hari raya bloggers :) 


Puasa minggu pertama - minggu ke tiga | Persiapan raya tahun ni bermula pada minggu akhir ramadhan sebab minggu pertama hingga ketiga ramadhan, masing-masing fokuskan diri dengan kerja di opis dan kerja sebagai hamba Allah. Tambahan, minggu pertama hingga ketiga super duper kelam kabut sebab kami (saya dan suami) berterawih di luar qariah kami. 


Asbab kami berterawih di luar qariah kami, keduanya penat dan tak cukup rehat tapi di gagahkan diri untuk terus kuat.


Selesai terawih di luar qariah selama tiga minggu ramadhan, balik semula berterawih di tempat tinggal pada minggu akhir ramadhan. Minggu ke empat ni tak da la kami kelam kabut sangat. Baju raya semua dah beli online. Jimat masa, minyak, dan tenaga. 


Minggu ke empat | Baru sempat nak balik berbuka puasa di kedua rumah parents, dan sesi mengemas rumah pun bermula, masa untuk list kan barang yang perlu di beli untuk persiapan raya serta kelengkapan raya dan datang semua penyakit super duper penat tadi. Mujur Allah hadirkan suami yang datang sekali dengan pakej rajin. Rajin nau tolong isteri buat kerja rumah. Alhamdulillah :) 


Tahun pertama beraya di rumah sendiri, ada saja benda yang belum di beli. Disebabkan kami bekerja, ada juga dua - tiga barang minta tolong abah mentua belikan. Hihi. Nasib baik tinggal dekat-dekat saja. 


Sehari sebelum raya (malam raya) | Hari ni hari kemuncak sebelum raya. Awal pagi dah gerak dari rumah, keluar pegi pasar. Ayam, jagung, santan, lengkuas, siap dibeli. Balik pasar terus berperang di dapur dan lepas zuhur siap masak ketupat dan rendang. Benda ni lah sebenarnya yang paling excited sebab berjaya buat sendiri dan komen dari mama dan mak, sangat positif.


Menjadi satu kepuasan bila apa yang kita masak, suami dan seluruh keluarga makan sampai habis. Malam raya masih lagi sibuk bersihkan rumah, dan sempat lagi ronda Kulimfornia cari karpet. 


Pagi raya | Tahun ni kami jadi #TeamRayaKedah. Sesudah subuh baru gerak balik rumah mak (mentua) dan solat sunat hari raya di sana. Saja ja tak nak balik 'kampung' malam raya tu sebab nak balik rumah mentua 10 minit ja tapi sesak dekat pekan kulim tu sampai 45 minit tau. Lepas solat terus ronda, ronda, ronda...


Beraya sakan di rumah mentua dan bermalam di sana, esok awal paginya sesudah subuh juga keluar terus ke lapangan terbang Penang, suami hantar kawan balik mana entah lah. Selesai. Terus balik ke rumah mama pulak.


Oh, raya pertama kami bertemakan biru navy, raya kedua warna kelabu. Terima kasih Allah, atas kurniaan dan rezeki yang dilimpahkan. Untuk sesi makan - makan seluruh keluarga keduanya, saya update nanti ye :) Itu pun kalau rajin lah. 


Fi Hifzillah :) 


You Might Also Like

4 comments

  1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin... Raya dirumah sendiri memang ada benda je nak beli... sebab nak hias kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA, tahu tak pe, tambahan pertama kali beraya di rumah sendiri pulaks :D

      Delete
  2. Kami beli barang awal 2-3 hari sebab nak elak sesak 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk x sempat dik, sebab dua dua kerja. masa sangat terhad :)

      Delete

Sebuah Pertemuan

Daisypath Friendship tickers

Cinta Pertama

Daisypath Anniversary tickers

Saat Lafaz Sakinah

Daisypath Anniversary tickers