TANPA SUARA

10:06 am

Assalamualaikum. Lamanya tak bersua. Sibuk sangat-sangat kebelakangan ni sebab kekurangan staff di office dan semua orang kena saling membantu kerja yang terbengkalai tu. Nak di ikutkan, sepatutnya minggu ni ambe kena ke kursus tapi last minit ambe dikecualikan. Suka ngat-ngat tau! 


Baiklah, sebenarnya bukan itu yang ambe nak ceritakan.


Sabtu.
Lepas maghrib terus keluar pegi makan dan tiba-tiba suami tanya, kalau dia buat reunion dengan kawan-kawan kolej tak pa ka? 


Ambe pun pelik la dah kenapa tetiba tanya macam tu kan. Kawan awak, kita tak pe ja. Tapi dia cakap, takut saya terasa hati sebab kawan dia lagi berdua tu dan ada anak. Takut saya terasa lagi sebab baru-baru ni balik rumah mentua, tok ada dan tok tanya 'belum ada apa-apa lagi ka'?


Maka, hujan pun turun dengan lebatnya. Haha!  Tiba-tiba jadi sensitif pulak. Ye lah, sebelum ni mama dan mak tak pernah tanya apa-apa pun cuma dalam diam depa mendoakan. In Sha Allah  


Allah tak janji sesiapa yang bernikah itu akan di kurniakan anak, tapi Allah janji sesiapa yang menjaga solat dan amal ibadah lain, akan ke syurgaNya. In sha Allah 


Mungkin tiada rezeki anak, tapi saya punya mentua yang sangat menyayangi, memahami dan mungkin di saat kami terlalu inginkan seorang anak, tapi Allah tahu yang kami masih belum bersedia dan belum mampu untuk pikul tanggungjawab seorang Umi dan Abi. 


Doa yang baik-baik, In Sha Allah kita akan dapat yang baik-baik 


You Might Also Like

8 comments

  1. Belum ada rezeki lagi agaknya. Mungkin ada kebaikkan disebalik ujian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kak. sabar dan redha. Insha Allah :)

      Delete
  2. Sabar kak. Percaya ngan rezeki Allah.

    ReplyDelete
  3. Kita kena sentiasa bersyukur. Kalau kita tak ada anak, ada rezeki bahagian lain yang Allah bagi contoh dapat suami yang setia, keluarga mentua yang sayang kita macam anak sendiri. Allah tak pernah tak adil. Dia cuma nak tengok sejauh mana kita percaya pada aturan Dia.

    Ada kawan, dia ada anak. Tapi nauzubillah dapat pula suami yang tak setia sibuk nak cari perempuan lain. Hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. percaya dan yakin dengan Allah. Memang masih belum di kurniakan rezeki anak, tapi yang lain Alhamdulillah cukup. suami dan mentua pulak sangat sangat memahami :)

      kita pula jadi terlebih rapat dengan keluarga mentua :)

      Delete
  4. rezeki anak mungkin menyusul lambat sikit, tapi rezeki lain Allah permudahkan dan lancar macam air 😉 Allah uji sebab sayang dan Dia tau sis & suami pasti dapat menjalani ujian dariNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Masih belajar didik diri untuk terus bersabar :)

      Delete

Sebuah Pertemuan

Daisypath Friendship tickers

Cinta Pertama

Daisypath Anniversary tickers

Saat Lafaz Sakinah

Daisypath Anniversary tickers