JODOH

2:37 pm

Jodoh | Jodoh bukan tentang mencari siapa yang kita suka tetapi jodoh adalah tentang siapa yang Allah takdirkan untuk kita.


Perkahwinan merupakan salah satu dari sunnah baginda Rasulillah SAW. Ia juga adalah salah satu cara untuk mengembangkan generasi ummat Nabi Muhammad SAW. Namun, perlu kita sedar bahawa jodoh bukan suatu perkara yang boleh dianggap sebagai satu gurauan ataupun satu perkara yang remeh. Ada manusia yang pendiriannya memang menginginkan jodoh seperti yang diidamkannya. Ada pula manusia yang menyerahkan jodohnya kepada kekuasaan Allah SWT.


Jadi, apa beza antara dua perkara diatas? Sebenarnya, perkara inilah yang banyak terjadi pada akhir zaman. Ramai manusia yang menetapkan pendirian mahukan jodoh seperti yang diidamkannya. Yang cantik, yang kacak, yang punya harta, dan macam-macam lagi. Sedangkan Rasululullah bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud ;


"Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara. Kerana kecantikannya, keturunannya, kekayaannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang punya agama, nescaya pasti kamu bahagia."



Image result for jodoh


Akhir zaman yang berlaku pada masa kini, banyak yang meletakkan 3 perkara yang disebut Rasulullah sebagai satu perkara yang utama. Lantas, terbiarlah agama ke belakang. Dek kerana itu juga, saban hari melihat statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama sangat membimbangkan masyarakat Islam. Boleh dikatakan hampir setiap tahun, status permohonan cerai adalah sama banyak dengan status permohonan nikah. Allah. Sememangnya satu perkara yang sangat membimbangkan.


Jadi, masalah ini perlu sama-sama kita atasi. Pertamanya, ingatlah bahawa Allah hantar kita ke muka bumi ni tujuannya satu sahaja iaitu untuk beribadat kepada-Nya seperti mana yang difirmankan dalam Al Quran. Banyakkan ibadat kepada Allah. Soal jodoh, janganlah terlalu ikutkan hati. Macam mana yang dikatakan ikut hati tu? Contohnya, baru kenal sebulan dua dah pandai keluar makan sama-sama, cari baju raya sama-sama dan macam-macam lagi lah yang bersama tu hinggakan kadang-kadang terjadilah kes yang tidak diingini contohnya hamil sebelum nikah. Bercinta sebelum nikah lah kononnya kan. Akhirnya padah menghadap diri sendiri.


Pada saya, tiada istilah bercinta sebelum nikah. Cukup sekadar kita letakkan pendirian dalam hati bahawa jodoh adalah tertakluk dibawah kekuasaan Allah SWT. Jangan bimbang. Jodoh kita pasti hadir. Allah cuma meminta supaya kita bersabar. Bila Allah hadirkan seseorang yang ingin dijadikan pasangan kita, janganlah terus terima bulat-bulat. Istiqarah itu penting. Pentingnya kerana kita tidak mahu meletakkan harapan kepada manusia. Andai Allah takdirkan dia adalah jodoh yang baik untuk kita, maka terimalah seadanya hatta orang tersebut masih belum punya kerja. Namun, andai Allah beri petunjuk bahawa orang tersebut bukan jodoh yang baik buat kita, redha lah diatas keputusan tersebut. Anggaplah ia satu ketetapan yang baik daripada Allah. Bilamana kita tetapkan niat sebegini, InsyaAllah mudah-mudahan kita peroleh jodoh yang baik, yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan penulisan saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada ummat Islam.


MNS, 
30 Mac 2017

p/s : nukilan asal dipetik dari fb suami pemilik blog ini

You Might Also Like

6 comments

  1. pergh.. knapa x ajak si suami tulis blog je.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, dah cakap wujud kan blog. dia tak nak. lebih suka share dekat wall facebook je kata nya :)

      Delete
    2. FB lebih senang sebab pembaca dah sedia ada.. kalau kat blog nk kena cari pembaca dulu.. hehehe

      Delete
  2. jodoh kita, Allah dah tentukan 😉 kenapa perlu risau andai jodoh x kunjung tiba? setiap org ada ciri2 idaman sendiri, tapi belum tentu jodoh mempunyai ciri yg diidamkan. walau siapa pun jodoh kita, yg penting dia seorang yg baik adab & akhlaknya, hormat pada orang tua, syg pada org muda 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Lelaki yang baik dengan perempuan baik. kalau kita nak yang baik, perbaiki diri. terkadang, ALLAH hadirkan jodoh lambat sebab masing masing tengah tarbiyah diri :)

      Delete

Sebuah Pertemuan

Daisypath Friendship tickers

Cinta Pertama

Daisypath Anniversary tickers

Saat Lafaz Sakinah

Daisypath Anniversary tickers