HAMPA KECEWA

10:11 am


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, selamat pagi.


Alhamdulillah, dah seminggu tak sempat update blog sebab banyak sangat kekangan. Dah berhabuk dah pun blog ambe ni. 


Sabtu. 
Ambe dan suami semangat tau pagi-pagi lagi keluar rumah, pegi sarapan dan terus ke Mini Stadium Keladi, Kulim sebab ada Perlawanan Bola Antara Sekolah-Sekolah Tahfiz. Anak saudara ambe masuk perlawanan bola ni. 


Tapi, sesampainya kami di sana, ambe dan suami terus tanya dekat kawan-kawan anak saudara, mana Faris? 


Kawan-kawan Faris cakap, Faris tak datang sebab ustaz suruh rehat kakinya terseliuh masa latihan! Hampa la sikit perasaan kami, apatah lagi Faris kan. Tapi, nak buat macam mana kita merancang dengan cita-cita tapi Allah yang mengaturkan semuanya dan memang tak da rezeki dia nak main bola hari tu.


Kami pun tak terus balik tau. Naik juga ambil tempat dan tengok perlawanan tu dan kami tunggu sampai team sekolah tahfiz anak saudara lawan, lepas tu baru kami balik 


Si pemain di padang dah bersemangat nak lawan pasukan lawan tapi yang lebih bersemangat pasukan penyokong Maahad Tahfiz An-Nadhoh ni terlebih semangat tau. Kami yang tengok pun bersemangat 


Ok, itu saja bebelan ambe hari ni. Sekian 


Perlawanan Bola antara Sekolah-Sekolah Tahfiz 




You Might Also Like

4 comments

Sebuah Pertemuan

Daisypath Friendship tickers

Cinta Pertama

Daisypath Anniversary tickers

Saat Lafaz Sakinah

Daisypath Anniversary tickers