SIAPA SAYA

4:03 pm


Assalamualaikum korang! Saya rasa terpanggil nak buat entri pasal 'Siapa Saya'. Mungkin, kita boleh jadikan entri ni sebagai proses pengenalan. Gittew! 



Memilih Cahaya Hannan sebagai nama pena dan nama ini juga pernah saya gunakan untuk blog lama. Suami pernah tanya, kenapa guna nama ni dan saya jawab, blog ini sebenarnya saya wujudkan atas nama 'anak', ummi tumpang je. Berkenan sungguh dengan nama Hannan ni. Doa kan kami moga cepat cepat di rezekikan cahaya mata =) 



Buat masa sekarang, masih belum bersedia nak kongsi nama sebenar. Umur, dah jejak ke angka 25tahun untuk tahun ni. Sejujurnya saya dah rasa tua! 



Asal dan dilahirkan di Pulau Pinang dan sekarang menetap di Kulim, Kedah. Tak jauh pun nak balik rumah mama dan rumah mentua, 20 minit ja  Anak bongsu dan menantu perempuan pertama. Berat oihh nak pegang gelaran menantu perempuan pertama. Cuak! Nasib baik mentua sporting. Abah mentua pun segan segan dan kekok bila nak salam dengan menantu. Ye lah, sebelum ni tak pernah ada menantu perempuan kan :)



Mula terjebak dalam dunia blog sejak 2012, sempat berblog setahun dua macam tu, lepas tu sendiri pi remove blog. Tidur malam tak lena, mandi tak berapa basah, dan mula timbul rasa menyesal, terus terniat nak wujudkan semula blog. Tadaaa! dan ini hasilnya.



Bekerja sebagai pembantu akaun di syarikat swasta dan masih berjinak semula dalam dunia blog dan mohon tunjuk ajar kalian 



Selebihnya, korang boleh follow saya di twitter, facebook dan Instagram ye. Klik ja dekat butang dekat bahagian atas, sebelah kanan awak tu  Ada persoalan pasal saya, boleh komen dekat bawah. Tapi janganlah soalan pelik pelik ya.



Selamat berkenalan!

You Might Also Like

10 comments

  1. InshaAllah, moga diberikan cahaya mata yang soleh. And, welcome back to the blogging world! Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma aamiin. Terima kasih awak :)

      Delete
  2. Semoga di murahkan dengan rezeki cahaya mata. Sedap nama Hannan tu 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi kak ana. Sedapkan. Sesedap maksudnya. In sha Allah, moga di izin kan Allah, rasa nikmat tu 😊

      Delete
  3. Muda lagi nie.. hehehe..
    Salam perkenalan dari akak..
    Semoga Cahaya dimurahkan rezeki anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah, tima kasih kak. Salam ukhwah fillah abadan abada 😊

      Delete
  4. insyaAllah, adalah nanti rezekinya :)

    ReplyDelete
  5. waa'laikumussalam, hai Cahaya Hannan 😄 kita sama umur la, 25 😳 insyaAllah, Allah akan kurniakan Cahaya Hannan & suami anak-anak yang soleh & solehah, penyejuk di mata penawar di hati. ameeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai adieb. Terima kasih datang ziarah. In sha Allah, mudah mudahan Allah perkenankan hajat kami. Berkat doa kalian. 😊

      Delete

Sebuah Pertemuan

Daisypath Friendship tickers

Cinta Pertama

Daisypath Anniversary tickers

Saat Lafaz Sakinah

Daisypath Anniversary tickers