D I L E M A

5:16 pm

Assalamualaikum. Hari ni rasa macam nak meluahkan sesuatu yang dah sepuluh bulan terbeku dan terbuku dalam hati ni. Perkara pertama yang saya rasa sekarang ialah nak tukar kerja! Bukan tak selesa kerja di tempat sekarang, tapi banyak sangat rasa tak puas hati tu. Maklumlah, manusia selalu tak bersyukur dengan apa yang dia ada kan. Jadi, inilah rasa saya sekarang. 


Asbab utama saya rasa nak tukar kerja tu sebab, saya bekerja di Penang (cuti Sabtu - Ahad) dan suami kerja di Kedah (cuti Jumaat - Sabtu). Punca utamanya ialah masalah cuti tak sama. Hari cuti biasanya memang jarang lekat dirumah dalam erti kata lain kurang masa rehat dirumah. Hari Jumaat, suami cuti tapi macam tak cuti pun sebab suami dipaksa untuk hantar saya ke opis. Haha! Kejamkan! 


0730 pagi hantar saya, sarapan sama-sama, pukul 0900 pagi sampai rumah. Rehat kejap dan nak pergi solat Jumaat pulak. Itu pun kalau tak da kerja lain nak di buat bolehlah rehat. Kalau ada kerja lain, saya minta COD barang dekat customer ka, lagi lah tak dapat rehat. Kesian 


Sabtu. Sepatutnya itulah hari kami luang masa berdua. Cerita itu ini dan sebagainya. Tapi, dah empat minggu berturut-turut ni ada ja urusan keluarga yang kami kena selesaikan sampai diri sendiri pun tak cukup rehat. Maklumlah, bila dah nikah, kita bukan kena nikah dengan pasangan ja tapi dengan keluarga sekali. Jadi, kami korbankan hari rehat kami untuk selesaikan masalah-masalah tu. Jadi, saya kesian sangat dekat suami sebab dua-dua hari cuti dia, macam tak cuti ja. Hmmm


Sepatutnya, sabtu minggu ni (esok) pun ada family ajak pergi walimah saudara di Ipoh tapi kami tolak sebab Sabtu lepas kami dah janji dengan diri masing-masing yang kami nak luang masa sama-sama. Masa ni lah nak potong rumput laman rumah, sapu sawang, basuh kipas bagai. 


Kadang-kadang, kami tersepit antara permintaan family dan masa untuk diri sendiri. Tambah pula, family saya dan suami tinggal berdekatan. Jadi, banyak hati yang kami perlu jaga. Untuk minggu ni, kami nak jaga hati kami sendiri. Mungkin, korang yang tak pernah rasa tak kan faham dan anggap hal ni remeh. 


Awak, tahu tak masalah sekarang? Cuti kami tak sama dan kami cuma ada satu hari ja untuk luang masa bersama, selesaikan masalah kami bersama, pegi beli barang dapur bersama. Hmm, penatlah nak jelaskan sebab tak tahu nak jelaskan macam mana lagi.


Nasib baik mama faham permintaan mama di tolak minggu ni. Lega sikit hati kami, kalau tak kami sendiri yang pening sebab susah tau nak jaga hati orang-orang yang kita sayang ni. Ye lah, dulu ibubapa kita jaga kita baik-baik tanpa satu pun alasan yang depa bagi 


Terkadang, nak pi jalan-jalan cuci mata, ronda-ronda cari makan dan short vacation dengan suami sendiri pun tak sempat tau. Tapi, alhamdulillah, Allah hadirkan suami yang penyabar dengan setiap situasi yang datang dan saya akan terus berdoa moga Allah terus campak dan kekalkan sifat sabarnya. Bolehlah saya kaut sikit-sikit buat penguat semangatkan. 


Jadi, kalau dapat tukar kerja seronoklah sikit. Hari jumaat boleh rehat dekat rumah, dan hari sabtu baru keluar uruskan hal yang berkaitan. Tapi, syarikat yang saya kerja tak da branch dekat kawasan rumah saya pulak, kalau ada pun dekat alor setar sana. Nak cari kerja lain, faham-faham je lah negara tengah gawat sekarang ni nak cari kerja pun susah. 


Tak pa, tengah bersangka baik dengan perancangan Allah. Moga satu hari Allah limpahkan rezeki lain ke kami. Setakat ni saya belumlah hilang sabar dengan apa yang jadi, cuma makin hari makin belajar untuk pupuk sifat sabar dalam diri. Pada permulaan, memang nampak sikit kelam kabut, sekarang alhamdulillah dah stabil, cuma ralat lah sebab cuti tak sama. Hihi.


Doakan kami! Salam alaik 





You Might Also Like

10 comments

  1. InshaAllah, ad ahikmahnya tu. Mudah-mudahan sis dapat tukar kerja yg lebih baik laa ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan. aamiin :D
      Terima kasih awak

      Delete
  2. semoga Allah permudahkan urusan 😉 semoga mendapat jalan penyelesaian yg menggembirakan 😄 ameeen

    ReplyDelete
  3. asslamualaikum. tq singgah drop komen. rezeki ada kt mana2. memang susah nk cari kerja skrg ni. huhu. dlm dilema tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, sebab susah nak cari kerja tu la yang dok stay kat sini lagi, kalau ikut kan suami, suruh bhenti duduk rumah je, hehe

      Delete
  4. Dugaan berumah tangga pernah saya ulas sebelum ini, semoga Hannan dapat hadapi dengan tabah, cari jalan penyelesaian terbaik ya... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum saya singgah sini follower #22 ^^ selamat berblogging ye

    nurfaezahabdullah1712.blogspot.com salam kenal dari Brunei ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. waaa, jauh BW. Terima kasih ya awak :)

      Delete

Sebuah Pertemuan

Daisypath Friendship tickers

Cinta Pertama

Daisypath Anniversary tickers

Saat Lafaz Sakinah

Daisypath Anniversary tickers